24 Julai 2026 - Jumaat [9 Safar 1448H]
Setiap kali lepas cuci kereta, pagi nak pergi kerja mesti ada jejak-jejak kaki kecil atas badan Mr. Black — siap ada gaya meluncur turun dekat cermin depan. Macam tengah buat aksi skating pula.
Aku masih belum berjaya buat 'Jejak Kasih'. Suspek masih bebas berkeliaran. Tak tahu yang mana satu nak didakwa. Pandai pula ia pilih masa Mr. Black tengah handsome bergaya. Waktu kereta berdebu dan kotor, langsung tak nampak tanda. Bila dah siap mandi, berkilat macam baru keluar showroom, masa itulah ia buat kerja. Apa yang dengki entah.
Bukan setakat jejak kaki kecil yang menghiasi badan Mr. Black, habuk yang berterbangan dari lori pasir yang setiap hari lalu buatkan Mr. Black berdebu. Kalau dua minggu tak cuci kereta, rupanya dah macam baru balik meredah laluan balak. Berdebu, kotor.. hilang sekejap aura handsomenya.
Sekarang..
Jejak-jejak kecil itu dah jadi aksesori tambahan bila aku pandu sambil geleng kepala tengok hasil 'karya seni' mereka di cermin kereta.
#RemajaPurba: Fail siasatan ini masih kekal dibuka..

